Saturday, July 2, 2011

Lu Langsi, Lu Langsuir

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah.

Hello hello. Semalam aku dan rakan sekelas keluar lah dari campus UIA Nilai ni untuk release tension. Yela, nama pun weekend. Kebetulan pulak, Safena Chua ajak keluar pergi ke makan2 kat cafe mak dia. Jadi kami 12 orang pon berkonvoi lah ke Bandar Tasik Selatan. Err sebenarnye takde lah berkonvoi. Kiteorg mana ada kereta, jadi kita orang himpit himpit lah naik KTM = Keretapi Terlampau Maju -,-

Masa naik train yang maju gilerr tu kan, aku perhatikan jela semua yang berlaku. Aku nampak lah junior2 aku, muka semua macam noob je tak reti guna train nak balik rumah. Ahaha I used to be like them, too. Yang aku jahat sangat ni kenapa. Hihi. Selain daripada junior2, aku nampak ada makcik ni marah2 anak kecik dia. Aku rasa kesian sangat. Biasalah budak, suka main2 dalam train. Aku rasa budak tu tak main pon, dia macam gerak2 gaya budak2 [apa yang aku nak sampaikan ni?] tapi tiba2 dia kena marah dengan mak dia. #mencimenci tak suka orang marah anak dia dekat public. Kalau aku ada anak [insyaAllah], aku rasa aku taknak marah dia kat public. Marah kat rumah je. HEHE.

Okay back to the topic. Berdasarkan tajuk, Lu Langsi, Lu Langsuir. Ahaha. Dalam train semalam jugak lah aku nampak ada sorang awek ni. Mula2 aku pandang biasa2 je, sebab dia tengah layan lagu kat iPod dia. Sekali dia terlentok tidur kat kerusi dalam train. Aku nak tergelak sebab kepala dia macam terhuyung hayang. Lama aku perhati. Baru aku perasan kat lengan bahagian atas dia ada tatoo kala jengking [awek ni pakai sleeveless]. Besar seyhhh. Aku rasa dia pakai sleeveless tu untuk tunjuk dia punye tatoo lah kan. Apa lagi? Ke dia ada tatoo sebab ada penyakit? Eceh sangka baik pulak aku. Yela. Penyakit pon penyakit rosak hati lettew. Haih. Lagi satu tatoo dia kat atas tapak tangan. Haaa ada ukiran blade. Wehehe. Otai siot. Ni belum aku cerita dia punya dressing. Ala2 gothic. Bagi yang hanya tau gothic hanya pada nama tu, sila lah google apa makna sebenar gothic. Heh. Rambut dia belang2 hitam dengan blonde. Dagu dia bertindik. Agak2 dia punye lidah tindik jugak tak? Ahaha.

Pemakaian macam ni selalunya berlaku dalam kalangan remaja yang tak dapat didikan agama, mak bapak tak kesah anak pakai apa, ikut suka hati je. Bukan setakat pemakaian ala2 gothic saje, tapi baju2 seksi ni sekali. Aku rasa sedih lah tengok ada segelintir kawan2 aku yang pakai seksi sangat, kemudian upload dekat Facecrook dan Twitter. Mana letaknya malu seorang wanita? Seronok bila ada lelaki like gambar berpakaian macam tu. Sedih sedih sedih.

Nak tegur tu memang ada dalam hati ni. Tapi tak sampai hati, takut dorang terluka, terkecik hati. Jadi, solution yang paling senang adalah, tulis status yang memberi nasihat kat Facecrook dan jugak Twitter. Mana lah tau, hati dorang terdetik ke nak berubah. Kan? Kalau dorang marah2 kita bila baca status kita yang bagi nasihat tu, tu maknanya hati dia gelap dan tertutup. Orang macam tu, kita hanya perlu berdoa je kepada Allah, semoga dia dapat cahaya untuk bertaubat. Peace.

nak macam ni? scary doe


p/s : Jika selalu menonton cerita2 ganas dan gengster ni, ia akan bentuk hati kita jadi gelap. Dari segi pemakaian dan jugak perangai. Jadi kalau nak tengok film ke apa ke, berhati hatilah. Wassalam :D

0 comments:

Post a Comment