
Assalamualaikum dan Malam.
Belum rasa mengantikus. Mari taip menaip.
Dalam minggu ni, aku ada 3 paper exam yang kena habiskan. Subjek sebelum aku taip entri ni adalah Computer 2, Statistics dan Economics. Wow. Pecah kepala beb nak jawab Econs. Belum lagi jawab untuk Understanding Islam untuk Sabtu ni. Tapi kalau aku struggle mantap punye, insyaAllah boleh jawab.
Dah tertaip perkataan struggle tu, aku teringat satu benda. STRUGGLE. Heh. Disebabkan struggle lah, aku jadi stress. Aku selalu kena tegur dengan sorang dorm mate ni. Dia kata jangan stress2. Aku tau, sahabat. Kau cuma mengambil berat. Tapi aku tak boleh. Aku dah cuba untuk tak jadi tension ketika belajar, malangnya benda tu agak sukar. Di tambah lagi dengan masalah hati yang membebankan ni. Haih. Belum lagi aku campur urusan2 lain. Dah lah aku ni kira agak pemendam. Bukan pendendam ye.
Hah! Cakap pasal memendam perasaan ni. Kawan kata, tu lah punca mengigau. Ye pembaca2 sekalian. Aku terpaksa mengaku ni, aku memang selalu mengigau. Huahua. Disebabkan a few of my dorm mates pernah dengar aku punya PENGIGAUAN(?) , so aku google lah. Kenapa boleh berlakunya mengigau atau bahasa panjangnye, berbicara saat tidur. Weheheh scary giler bunyik.
Antara faktor mengigau adalah ;
- Mengalami demam tinggi atau sakit.
- Alkohol juga boleh membuat anda lebih mudah mengigau.
- Orang dewasa sering mengigau jika stress dan mengigaunya menghilang ketika stres/masalahnya terselesaikan.
- Mengigau nampaknya juga datang daripada keturunan, jadi jika ibu dan ayah anda mengigau semasa tidur, ada kemungkinan besar bahawa anda juga akan mengigau.
Wah wah wah. Antara empat faktor di atas, korang rasa aku dalam faktor yang mana? HAHA. Nak kata demam tinggi atau sakit, macam tak je. Sihat walafiat lagi aku. Alhamdulillah. Alkohol? Hohoho never, dude. Keturunan? Errr setakat ni tak pernah nampak la pulak. But, aku pernah nampak adik aku mengigau >.< Berdasarkan cerita aku di atas, semuanya telah terbukti bahawa aku mengigau setiap malam adalah disebabkan stress. Haiyaaa. Jadi, aku telah google lagi.
Cara mengatasi mengigau ;
- Tidur mesti cukup dan jangan terlebih tidur.
- Jangan terlalu stress.
- Jangan mengkonsumsi kafein dan alkohol.
- Baca doa sebelum tidur [al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi, al-Mulk]
Yep! Aku kena buat semua cara2 atasi mengigau ni. Yang terpenting sekali point dua dan empat :) Semoga aku berjaya. Assalamualaikum :) Tidur dulu. Adios.
p/s : Guwa ngigau dan guwa takutkan satu dorm. Muahaha.
0 comments:
Post a Comment