Wednesday, August 3, 2011

Ayer


Assalamualaikum pembaca yang setia ;) [aku tau ada orang stalk aku LOL]

Hmm kenapa rasanya aku letak gambar kincir air kat atas tu? Ce teka. Kan tu kincir air, jadi aku nak cakap pasal air lah. Ceh, aku tanya, aku yang jawab. Bosan betul. Tapi kenapa aku nak cakap pasal air sekarang? Sebab bulan Ramadhan tak dapat minum air sebelum masuk waktu maghrib? Heh. Tak macho langsung alasan tu. Alasan lagi macho adalah kerana ;

HARI NI DAH KE SEJUTA KALI
UIA NILAI CAMPUS
TAKDE AIR

Take note di situ. Sejuta kali. SEJUTA. Memang terbaik, memang betul. Selama aku tiga sem kat sini, dah banyak kali takde air. Masa first sem, ada la dekat 50000 kali takde air. Haha. Macam rubbish je kelentong cam tu kan? Takde lah sampai sejuta.

Aku agak menderita bila takde air ni. Bukan aku je yang menderita, kawan2 sekali. Sebab air kan keperluan asas manusia untuk hidup. Lagi2 bulan puasa macam ni. Dengan agak kurang dayanya berpuasa tambah pulak tak mandi pergi ke kelas, bestnyee. Kalau takde elektrik tu aku kasi ampun sikit sebab takyah belajo. Gelap la katakan. LOL. Aku rasa nak je call Jabatan Sains Air Negeri Sembilan.
Kemudian nya, aku fikir balik. Muhasabah diri. Ni sebenarnya dugaan yang Allah nak bagi kat kita. Allah nak test sama ada kita pergi ke tak kelas kalau takde air. Hee. Setakat ni aku tak pernah lagi ponteng kalau takde air. Alhamdulillah. Tapi niat nak ponteng tu tetap ada, aku admit. Hmmm. Mungkin jugak Jabatan Sains Air Negeri Sembilan tengah buat eksperimen kat dalam tangki air tu =,= Takpon ada mak buaya beranak dalam tu, tu yang air asyik kena block je tu. Hiks

Harap2 nya aku tak sangka buruk lagi bila air takde. Aku kena belajar untuk bersabar. Kan nama aku Sabrina. Sabrina maksudnya kesabaran kami :) Byebye, Salaam.

p/s : Aku dah dapat markah mid term untuk subject Computer 2 dan Statistics. Syukur kepada Allah.

0 comments:

Post a Comment