Sunday, August 7, 2011

Deen Ki Mehnat - Usaha Atas Iman


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Hai semua. Sebentar tadi, baru je buka satu belog ni yang berkaitan dengan Kenapa Perlu Berdakwah. Yep. Dakwah. Dakwah Islamiyyah. Perkara ini lah yang agak sukar untuk kita lakukan kerana dakwah berkaitan dengan amar makruf nahi mungkar. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amat pahit lagi apabila ada yang berdakwah kepada kita dan kita tak dapat menerimanya.

Di sini, aku bukan mahu cakap pasal dakwah tetapi lebih kepada nasihat. Err sama jela. Aku perhatikan susah orang2 kita nak terima nasihat. Ada yang melenting, mencarut segala bagai. Aku cukup tak faham. Kenapa kita tidak boleh terima nasihat/dakwah/ilmu secara baik? Bukankah nasihat itu untuk kebaikan kita bersama. Apa kata kita tukar cara menerima dakwah/nasihat/ilmu yang kita terima? Pertama, apabila seseorang mentarbiyah kita, dengar dengan teliti. Kemudian, fikir kerasionalan perkara itu. Kalau kita rasa perlu dibangkang, bangkang lah dengan baik. Akan tetapi, jika berkaitan dengan al-Quran dan as-Sunnah, jangan pula kita menolak.

Bagi yang berdakwah atau memberi nasihat pula, gunalah pendekatan yang berhemah. Tegur dengan baik dan fikirkan juga aib orang ketika nak memberi nasihat. Jangan pakai sapu je ^^, Emm tapi macam mana kalau kita tidak ada kekuatan untuk bagi nasihat? Oh kita boleh gunakan Facecrook dan Twitter untuk memberi nasihat. Itu selalunya cara yang aku gunakan sebenarnya. Ada juga kadang2 aku tegur tapi berkias. Hmm tapi ada rakan yang kata, aku sound orang direct. Hehe sorry ye? :) Tak perasan

Okay, harapnya yang membaca entri ini, dapatlah menerima nasihat dengan baik dan memberi nasihat dengan berhemah :) Bye2, Salaam alaik.
* Bosan giler penutup aku -,-


Rasullah saw bersabda ;
" Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian, jika tidak mampu juga, hendaklah ditegah (dibenci) kemungkaran itu dengan hatinya. Dan itu adalah selemah lemah iman "


p/s : This entry is written specially for myself, too :)

0 comments:

Post a Comment