Assalamualaikum. Rasa dah agak lama tak update belog jadi aku akan update dua entri. Tapi lagi satu entri tu esok lah. Haha. Walaupon aku tau takde sape baca belog aku. Ahaks~ Takpe sebenarnya belog aku ni kira macam diary aku lah sebab nanti time aku dah tua sikit, aku nak rujuk balik. Muahaha.
Yep. Berdasarkan tajuk di atas, aku masuk nasyidddddddd! Wehehe akhirnya. Eh, bukan lah wakil UIA ke apa tapi masuk nasyid saje2 nak puaskan keinginan hati nak menyanyi. Haha. ISFEST Nasyid Competition ni dianjurkan oleh Facilitator Representative Committee (FRC) dan Culture Arts Club (CAC), CFS IIUM, Nilai.
Masa pendaftaran nama dua minggu sebelum pertandingan, aku memang semangat habis lah nak join. Sekali, kawan2 yang aku ajak, taknak masuk pulak. Aku macam sedikit bengang tapi lepas aku pujuk sejuta kali, dorang pon join. Yang masuk kumpulan nasyid tu, aku, 5 orang dorm mates dan 2 class mates. Nama kumpulan kiteorang adalah Sautun Wardah. Takde kena mengena langsung dengan Wardah Sakinah Ridzwan haha.
Kiteorang bawak satu lagu je iaitu Damba Kasih oleh In-Team. Intro dengan outro direka khas oleh dua ahli kumpulan, Maizatul Akmal dan Eza Jamal. Terbaikkk. Aku suka betul intro tu. Hehe. Pada malam Rabu, 17 Ogos 2o11, kiteorg pon bertanding lah. Memang sengit sebab kumpulan yang lain pon mantap kot. Dengan kehadiran sisters yang ramai kat Seminar Hall, aku bertambah tambah cuaks..
Walaupon kiteorang tak menang, tapi aku bersyukur, akhirnya hajat aku yang selama ni ku pendamkan tercapai jugak. Terima kasih banyak2 kat Sarah J, Achah, Sya, Mai, Eza, Tiqa dan Aifaa kerana korang sama2 merialisasikan impian aku tu~ Haha. Thanks a mile, love you all to the max. Harap2 ukhuwah ni berkekalan sampai ke syurga :)
nak sign!
ReplyDelete