Sunday, January 8, 2012

Pastikan Ramly Baru Beli

Assalamualaikum wbt dan Hai! :D

DUA BULAN. Ye, dua bulan. Ye betul lah tu, aku dah kahwin. HAHA. Kerja G-la. Dua bulan belog ni takde sebarang update. Aku terlampau busy dengan hidup aku yang punya kerjaya ini. Mencari nafkah untuk diri sendiri dan… Em whatever la kan.

Dua bulan tak update belog. Dua bulan aku tinggalkan twitter dan FB (sumpah tipu). Dua bulan aku belajar perkara baru. Dua bulan aku berkenalan dengan dunia luar. Dua bulan aku masak burger. Dua bulan aku potong roti burger. Dua bulan aku goreng nugget. Dua bulan aku kena comment manis/pahit daripada customer. Dua bulan aku kena mengadap bos yang mulut nye macam -.-‘ haha. Dua bulan ni jugak lah yang menjadikan wang aku bertambah tambah muahaha. Alhamdulillah. Okay aku memang G-la duit nak buat macam mana. Duit ni semua nak biayai perbelanjaan aku, nak belanja family makan, nak beli tu, beli ni, so jangan kata duit tak penting hahak kbye

Rasanya semua follower aku kat Twitter dah tau aku kerja dekat mana, kerja sebagai apa. Bagi yang tiada twitter, aku rasa elok lah korang pergi buat satu sebab twitter ni memang bagus G-la. Apa yang bagus? Susah nak explain. Ahaha merepek nyer, sebenar aku tak tau nak type apa dah ni T_T. Jadi!! Aku kerja di Ramly Halal Mart Sdn Bhd, Kg Pandan yang premisnya hanyalah sekangkang kera sahaja dari rumah aku. Aku bekerja sebagai pembantu kiosk.

Yep, pembantu kiosk dan jugak juruwang. Macam2 kerja aku kena buat iaitu masak burger, roti burger, nugget, kentang, mop lantai, lap meja, lap dinding, lap cermin hm kerja macam Cinderella tu lolz. Sebulan aku kerja dengan batch staff yang dah lama kerja kat sini, dan sebulan lagi aku bekerjasama dengan muka muka baru. Haaa. Dari 1hb Nov sehingga 30hb Nov aku kerja dengan Adib, Kak Shaz, Kak Zai, Kak Liza, Iman , Abang Kama, Abang Saeful, abang Mukhlis dan Mat Nor. Memang terbaik. Semua kelakar G-la, tambah tambah lagi dengan aku ni yang memang kelakar har har har. Dorang semua ni lagi tua daripada aku kecuali si Iman dengan Mat Nor. Semua layan aku macam puteri raja menjadikan kerja aku agak limited eceh. Tapi still busy kerana bulan November ni sekolah belum cuti lagi, so ramai customer terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar University Islam eh eh tibe je.

Second month kerja, 4 orang staff baru, masuk dan 3 orang staff lama, keluar. Mula2 Kak Liza berhenti, pastu Adib, and lastly, Kak Shaz. Aku nak menangis. Ye. Aku cuba untuk menitiskan air mata, malangnya aku terlampau gagah sampai tak keluar langsung air mata. Rasa kejam pulak tak nangis haha perlu ke. Tapi mereka bertiga telah digantikan dengan kehadiran Haziera, Ain dan Faiz serta Shima. Haaa kali ni semua muda setahun daripada aku so semua panggil aku, “Kak Fifah” (I hate it yeahhh, I hate it, sounds so old dah la some people said I looked like 25 ftw). Walau bagaimanapun, aku tetap selesa dengan freshie2 ni. Sebab? Sebabnye kiteorang sebaya so kiosk tu kiteorang yang conquer muahihihi.

Akhir kata. Hm nak buat akhir kata pasal apa eh? Patut ke aku cerita tentang gaji aku yang masyuk tu? Masyuk lagi dari Petrosains. Booo petrosains hahaha jahat. Okay akhir kata aku macam ni lah. Terima kasih kepada Allah swt kerana menemukan aku dengan Ramly Halal Kiosk. Terima kasih kepada Mama dan Ayah dan adik2 aku kerana menyokong aku untuk kerja kat sini. Terima kasih banyak2 kepada semua staff yang banyak bagi tunjuk ajar kat saya. Terima kasih atas layanan puteri raja yang saya terima. Terima kasih kerana jadikan saya sebagai tempat rujukan agama (dorang ingat aku ustazah, takpe kita sama2 saling mengingat). Terima kasih atas teguran untuk semua kesilapan saya. Terima kasih kepada customer yang bagi feedback/comment baik2 kepada saya. Terima kasih jugak kepada customer yang mulut macam laser malukan aku depan customer lain. Yeah. Customers always right. Heh. Halalkan makan minum saya kat Ramly ni ye sebab saya suka sangat kentang goreng Ramly, so saya suka amek sikit hehehe. Maafkan kesalahan serta kesilapan saya sepanjang saya bekerja di Ramly Halal Kiosk dan jugak Mart. Sesungguhnya, saya sangat merindui anda semua dan kenangan2 kita. Adios.

I will never forget all of you

Hazierah, Ain, Adib, Kak Shaz, Faiz, Iman, Kak Zai, Kak Liza,

Abang Saeful, Abang Kama, Ima dan Abang Mus.

Thanks for everything :)







iTakPernahDatangLewatK

My Cashier's ID No



Signature nak glam gitu


Frankfurter lembu special siap!







Seriously, I never like all these sauce bottles. Susah nak guna























p/s : I took like 14hours to upload all the photos and the quality is still bad. Blame the internet!

1 comments:

  1. http://missmyelife.blogspot.com/2012/01/tagged.html..tahniah anda ditag!!HAHA

    ReplyDelete